“Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3
diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada
musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di
atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas
peneri-maannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat
tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta
beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu,
maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa
yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu
kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka
Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah
Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau,
maka Rasulullah s.a.w. pun
menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para
sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
“Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma.”
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah
s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah
lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari
pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai
kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah
Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat
kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira
sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka
Abu Bakar r.a. pun berkata: “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu
tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu
perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan
turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan
Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi
janda.”
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar
r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka
menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para
sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa
yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya Rasulullah
s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami men-dapati banyak
orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.” Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka
Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu
Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan
bertanya: “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali
r.a. berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya
ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar
r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua
telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan
Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh
pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat
yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga
gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua
binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para
sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w.
mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari,
ada pula yang mengatakan beliau hidlip sehingga 50 hari selepas turunnya ayat
terscbut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat
tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau
menyu-ruh Bilal azan untuk mengerjakan salat, lalu berkumpul para Muhajirin dan
Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan salat
dua raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan salat beliau
bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alharndulillah, wahai para
muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang
kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung
kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau
ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan
membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali
kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan
berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak
mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan
hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam Perang Badar saya
bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang,
setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat
mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda
untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang
rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau
hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah
s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal
r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke
mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan
tangannya di alas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya
untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun
mem-beri salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan
berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal r.a. berkata: “Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau.”Kemudian
Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata
Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk
diqishash.” Bertanya Fatimah. r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang
sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?.”Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan
Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka
Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut
dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Melihatkan hal
yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil
berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu
qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu
Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar,
Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya
untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: “Wahai “Ukasyah!
Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu
kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu
Rasultillah s.a.w. berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:
“Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata:
“Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai
‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah berkata:
“Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai
baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w.
membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah
s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; “Saya tebus anda dengan jiwa
saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan
begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah
s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah kamu sekali-an,
sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas
kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu
para jemaah pun berkata: “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar
bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah
s.a.w. di dalam syurga.”Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau
pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata:
“Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan
mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan
kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada
Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka
hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan
Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku
dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku
dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan mensalatkan aku
ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensalat aku ialah Jibril a.s., kemudian
diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat
lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua
masuk beramai-rarnai bersalat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang
sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan
berkata: “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada
kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam
penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda
sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang
timbul nanti?.”Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah para saha-batku,
aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan
telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit
di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku
dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil
pengajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit
Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18
hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan
bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada
hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a.
selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w..
Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi
salam: “Assalaarnualaika ya rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.:
“Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a.
mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid
tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal
pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti
permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan baginda berkata; “Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini
semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan salat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan
di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.” Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai
di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah
Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia
melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis
sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam
masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah
apakah yang telah berlaku?.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Kekecohan kaum
muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w.
memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada
kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di
masjid maka beliau pun bersalat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai salat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun
her-kata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan
pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t.
dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia
ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari
terakhir aku di dunia.”
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w.
punpulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat
lzrail: “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa,
dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan
cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta
izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke
rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali
padaku.”
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari
Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi.
Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun
memberi salam: “Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir
risaalati a adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua
sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?”
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba
Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: “Wahai Fatimah,
siapakah di depan pintu itu.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Ya Rasulullah,
ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa
anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam
sehingga saya merasa mcnggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata;
“Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fadmah; “Tidak ayah.”
Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu
syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua
rumah serta mera-maikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya
lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah
r.a. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah
orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian
Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun
masuk dengan mengucap: “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w.
menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau
untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah
untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau
kamu tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Wahai
lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan
Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan
duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat
kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril,
tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s.: “Ya aku memang
tahu.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku
kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t.” Berkata Jibril a.s.:
“Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi
menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua
para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Berkala Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang
kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s.:
“Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: “Sesungguhnya aku telah melarang
semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan
aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”
Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, dekatlah kamu
kepadaku.”
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya,
apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai
Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari
Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah
Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu
tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah,
siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik r.a. berkata: “Apabila roh Rasulullah
s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu
agar kamu semua menjaga salat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”
Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya
meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.”
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata
kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah
laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca
selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut
maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”
source : http://legendakitabsuci.wordpress.com
0 komentar:
Posting Komentar
jika ada yang kurang jelas langsung ajha tanya ke mimin ya.,.,., :) my fb tama ashter soko-tuban